PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

21 Filem Yang Akan Ditanyangkan Di Pawagam November 2014

Berikut antara filem-filem yang bakal menjengah paparan-paparan skrin pawagam atau wayang diMalaysiaNovember ini.

6 November 2014


Bugs

Klasifikasi: NA 
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 6 November 2014
Bahasa: Mandarin
Pengarah: Vash
Pelakon: Xia Zitong, Zhang Zilin, Eric Wang

Sinopsis
Manusia amat memerlukan zat protein pada masa hadapan dan sekumpulan sainstis sedang menjalankan kajian yang dikenali sebagai 'Jams' dalam mengkaji sejenis serangga yang boleh menghasilkan protein dengan kos yang lebih rendah. Namun, eskperimen yang dijalankan tidak berhasil dan serangga tersebut telah bertukar menjadi kepada raksasa yang mahukan manusia sebagai makanan utamanya dan telah melarikan diri ke dasar laut. 

***

Exists
Klasifikasi: NA 
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 6 November 2014
Bahasa: English
Pengarah: Eduardo Sanchez
Pelakon: Dora Madison Burge, Brian Steele, Samuel Davis, Chris Osborn

Sinopsis
Mengisahkan All Brian dan Matt yang merancang untuk mengadakan sebuah parti liar bersama rakan-rakan mereka di sebuah hutan di kawasan terpencil peninggalan pakcik mereka untuk privasi dan mereka bebas melakukan apa sahaja. Namun, tanpa disedari perbuatan mereka sedang diperhatikan oleh seekor Bigfoot

***

Kelibat
Klasifikasi: P13
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 6 November 2014
Bahasa: Malay
Pengarah: Hashim Rejab
Pelakon: Fadlan Hazim, Niezam, Ellie Suriaty, Atikah Suhaimie

Sinopsis
Mengisahkan sebuah keluarga yang mendiami sebuah rumah yang mana sering sahaja digangguoleh kelibat misteri yang menyeramkan, kelibat tersebut bukan sahaja muncul di depan mata mereka malah turut muncul dalam telefon bimbit mereka. Karya terbitan Metrowealth inidibintangi oleh Fauzi Nawawi dan Ellie Suariati sebagai teraju utama.

***

Rurouni Kenshin: Kyoto Inferno

Klasifikasi: N/a
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 6 November 2014
Bahasa: Japanese
Pengarah: Keishi Ohtomo
Pelakon: Takeru Sato, Tatsuya Fujiwara, Emi Takei, Munetaka Aoki, Yu Aoi, Yosuke Eguchi

Sinopsis
Filem yang diangkat dari siri mangga ini adalah sekuel daripada filem "Rurouni Keshin" (2012), ia menyaksikan Keshin Himura dalam misi menumpaskan Makoto Shishio yang dalam cubaan untuk menjatuhkan kerajaan Meiji

***

Interstellar
Klasifikasi: NA 
Genre: Fiksyen Sains
Tarikh Tayangan: 6 November 2014
Bahasa: English
Pengarah: Christopher Nolan
Pelakon: Matthew McConaughey, Anne Hathaway, Jessica Chastain, Michael Caine, Bill Irwin, Casey Affleck, Ellen Burstyn

Sinopsis
Filem yang menampilkan bintang Hollywood ternama, Matthew mcConaughey dan Anne Hathaway ini mengisahkan tentang sekumpulan peneroka yang telah menjumpai satu ruang yang boleh melepasi batasan perjalanan manusia untuk menerokai ruang angkasa yang luas dan terlibat dalam pelayaran antara bintang di angkasa lepas.

***

Jessabelle
Klasifikasi: NA 
Genre: Ngeri / Seram
Tarikh Tayangan: 6 November 2014
Bahasa: English
Pengarah: Kevin Greutert
Pelakon: Sarah Snook, Mark Webber, Joelle Carter, David Andrews, Amber Stevens

Sinopsis
Seorang wanita cuba pulih dari kemalangan tragis. Dia tinggal di rumah ayahnya yang buruk. Dia mendapati semua benda tidak seaman seperti anggapannya di rumah tersebut. Dia terjumpa pitavideo tentang ibunya yang membaca mantera untuk dia sebelum meninggal dunia semasa bersalin.Satu kuasa yang menakutkan wujud di rumah tersebut dan hantu tersebut ada kaitan dengan ibunya yang telah lama meninggal dunia. 

***



13 November 2014


Big Hero
Klasifikasi: NA 
Genre: Aksi / Komedi / Animasi
Tarikh Tayangan: 13 November 2014
Bahasa: English
Pengarah: Chris Williams, Don Hall
Pelakon: T.J. Miller, Maya Rudolph, Jamie Chung

Sinopsis
Filem animasi komedi dan aksi menampilkan sebuah kumpulan super hero yang mempunyai 6 orang ahli yang terdiri daripada Hiro Hamada, Baymax, Wasabi-No-Ginger, Honey Lemon, GoGo Tomagi dan Fred. Kesemua mereka telah diarahkan oleh pihak kerajaan dalam usaha untukmembantu melindungi serta menyelamatkan rakyat di negara mereka.

***

Horns
Klasifikasi: NA
Genre: Drama / Fantasi / Seram
Tarikh Tayangan: 13 November 2014
Bahasa: English
Pengarah: Alexandre Aja
Pelakon: Daniel Radcliffe, Juno Temple, Heather Graham

Sinopsis
Filem yang diadaptasi dari karya Joe Hill iaitu anak kepada Stephen King ini mengisahkan seorang lelaki yang bernama Ig Perrish yang telah dituduh terlibat dalam kes rogol dan pembunuhan teman wanitanya Merrin Williams. Dengan kebolehan paranormal yang baru ditemui dan dihadapinya, dirinya nekad untuk mencari siapakah pembunuh sebenar.

***

The Drop
Klasifikasi: NA
Genre: Drama / Jenayah
Tarikh Tayangan: 13 November 2014
Bahasa: English
Pengarah: Michaƫl R. Roskam
Pelakon: Tom Hardy, Noomi Rapace, James Gandolfini

Sinopsis
Mengisahkan tentang Bob Saginowski yang mendapati dirinya berada di dalam satu kejadianrompakan dan telah ditangkap untuk disoal siasat. Proses siasatan yang dijalankan oleh pihak polisterhadap dirinya telah membawanya jauh mengenang masa lalu di kawasan kejiranannya dimanarakan-rakan, keluarga dan musuh bekerjasama dalam menjalani kehidupan seharian tanpa mengira apa jua yang berlaku.

***

John Wick

Klasifikasi: NA
Genre: Action / Thriller
Pelakon: Keanu Reeves, Bridget Moynahan, Willem Dafoe, Jason Isaacs
Pengarah: David Leitch, Chad Stahelski
Format: 2D

Sinopsis
John Wick adalah seorang pembunuh upahan yang menjadi sasaran oleh rakan lamanya. Rakan lamanya telah bersetuju dengan kontrak ketua jenayah untuk membunuh Wick. Wick terpaksa sekali lagi untuk bertarung nyawa dan mengangkat senjata dalam menjelaskan hutang dendam yang penuh aksi.

***

Dont Go Breaking My Heart
Klasifikasi: NA
Genre: Komedi / Romantik
Tarikh Tayangan: 13 November 2014
Bahasa: Cantonese
Pengarah: Johnnie To
Pelakon: Daniel Wu, Louis Koo, Miriam Yeung, Yuanyuan Gao, Vic Chou

Sinopsis
Mengisahkan tentang kisah percintaan di antara Cheng Zixin (Gao Yuanyuan) dan Fang Qihong (Daniel Wu) yang bakal mendirikan rumah tangga. Konflik di antara hubungan mereka mula terjadi apabila Zhang Shenran (Louis Koo) masih mempunyai perasaan pada Zixin dan menjadi pihak ketiga. Konflik bertambah buruk apabila pengapit Zixin yang juga rakan baiknya berminat pada Shenran yang sudahpun mempunyai teman lelaki dan bakal bertunang dengan lelaki (Vic Chou) itu. Dibintangi oleh Miriam Yeung, Gao Yuanyuan, Louis Koo dan Vic Chou.

***

Spirit Of The Evil

Klasifikasi: NA
Genre: Pengembaraan / Fantasi / Misteri
Tarikh Tayangan: 13 November 2014
Bahasa: English
Pengarah: Oleg Stepchenko
Pelakon: Jason Flemyng, Charles Dance, Viktor Bychkov, Aleksey Chadov

Sinopsis
Sebuah pengembaraan yang membawa Jonathan Green seorang pelukis peta dari Eropah ke Timurdan akhirnya membawa dirinya bertemu dengan sebuah perkampungan kecil di mana mereka mempercayai kapur adalah benda yang paling berkuasa di dunia, lukisan bulatan mampu menyelamatkan diri dari kuasa jahat. Lama kelamaan banyak misteri terungkai dan kuasa jahat mula membuat onar.
***

Kaki Kitai
Klasifikasi: NA
Genre: Aksi / Komedi
Tarikh Tayangan: 20 November 2014
Bahasa: Malay
Pengarah: Mohd Azaromi Ghozali
Pelakon: Shaheizy Sam, Farid Kamil, Fezrul Khan, Adam Corrie

Sinopsis
Din atau lebih dikenali sebagai Drango bersama rakannya Ayoi datang ke Kuala Lumpur dan sering menipu dan berlagak sebagai orang bijak. Terjebak dalam operasi polis yang sedang bekerja menemukan mereka dengan rakan lama iaitu seorang inspektor polis. Kehidupan mereka mula bertukar apabila menemui bungkusan sampah yang dipenuhi duit dan digunakan untuk melangsaikan hutang. Namun duit tersebut sebenarnya adalah milik seorang jutawan yang ingin menyelamatkan anak perempuannya yang telah diculik.

***

Rurouni Kenshin: The Legends Ends
Klasifikasi: NA
Genre: Action
Pelakon: Takeru Sato, Tatsuya Fujiwara, Emi Takei, Yu Aoi, Munetaka Aoki
Pengarah: Keishi Ohtomo
Format: 2D

Sinopsis
Takeru Satoh sekali lagi membawa watak Himura Kenshin dalam filem ini yang diarahkan olehKeishi Otomo. Filem yang berdasarkan manga Rurouni Kenshin oleh Nobuhiro Watsuki mendapat bakal sambutan yang cukup menggalakan dari pelbagai peminat manga dan anime. Filem ini mengikuti Zaman Kyoto yang mana berlaku sekitar era Shishio Makoto, bekas pembunuh upahan kerajaan, dan cubaannya dalam menggulingkan kerjaan Jepun ketika itu.

***

Hunger Games: Mockingjay Part 1

Klasifikasi: NA
Genre: Aksi / Pengembaraan / Drama
Tarikh Tayangan: 20 November 2014
Bahasa: English
Pengedar: TGV Pictures
Pengarah: Francis Lawrence
Pelakon: Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson, Elizabeth Banks, Julianne Moore, Philip Seymour Hoffman, Donald Sutherland

Sinopsis
Memaparkan kisah pahlawan Katniss Everdeen yang mengetuai daerah Panem dalam pemberontakan terhadap kerajaan Capitol yang yang kejam dan mengamalkan rasuah. Peperangan yang bakal menentukan nasib Panem ini bakal menyaksikan kemusnahan daerah lain oleh Capitol jika tidak ditentang habis-habisan. Dalam masa yang sama, Katniss perlu membuat keputusan siapa yang boleh dipercayainya dan apa yang perlu dilakukan untuk mengukuhkan pertahannnya. 

***

The Eyes Diary

Klasifikasi: NA 
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 21 November 2014
Bahasa: Thai
Pengarah: Chookiat Sakweerakul
Pelakon: Kittisak Patomburana, Chonnikarn Netjui, Prama Imanothai, Focus Jirakul

Sinopsis
Mengisahkan pasangan kekasih Nott dan Pla yang telah terlibat dengan kemalangan jalan rayamelibatkan motorsikal pada tiga bulan lalu dan Pla telah meninggan dunia di tempat kejadian. Terhimpit dengan perasaan bersalah dan menyesal, Nott sanggup melakukan apa sahaja asal dapat bertemu dengan Pla semula walaupun melihat semula Pla sebagai jelmaan hantu.

***

27 November 2014

Penguin Of Madagascar

Klasifikasi: NA 
Genre: Pengembaraan / Animasi
Tarikh Tayangan: 27 November 2014
Bahasa: English
Pengarah: Simon J. Smith
Pelakon: Benedict Cumberbatch, Peter Stormare, Annet Mahendru, John Malkovich, Ken Jeong, Tom McGrath, Andy Richter

Sinopsis
Mengisahkan tentang kehidupan penguin dan rakan-rakannya yang menetap di Madagascar. Filem animasi dan komedi ini diarahkan oleh pengarah, Simon J. Smith dan bakal menampilkan alih suara dari bintang-bintang ternama Hollywood seperti Benedict Cumberbatch, Ben Stiller, David Schwimmer dan ramai lagi. 

***

Dumb and Dumber To

Klasifikasi: NA 
Genre: Komedi
Tarikh Tayangan: 27 November 2014
Bahasa: English
Pengedar: TGV Pictures
Pengarah: Bobby Farrelly, Peter Farrelly
Pelakon: Jim Carrey, Jeff Daniels, Angela Kerecz, Kathleen Turner

Sinopsis
Jim Carrey dan Jeff Daniels sekali lagi memainkan watak mereka sebagai Lloyd dan Harry. Selepas 20 tahun, dua rakan baik ini kembali lagi dalam pencarian anak perempuan Harry dan Lloyd akhirnya telah jatuh cinta kembali. Filem arahan Bobby Farrelly dan Peter Farrelly ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Laurie Holden, Kathleen Turner dan ramai lagi. 

***

In Between Floors
Klasifikasi: NA 
Genre: Komedi / Drama
Tarikh Tayangan: 27 November 2014
Bahasa: English
Pengarah: Bernice Low
Pelakon: Alvin Wong, Dawn Cheong, Chew Kin Wah

Sinopsis
Mengisahkan tentang pertemuan pertama di antara Kenth Chu yang merupakan seorang jurujual penapis air jenama Ah Beng dan seorang penulis majalah Banana, Sharon Kee. Selepas tertumpah teh susu dan kopi di antara satu sama lain, mereka berdua bertembung sekali lagi apabila ingin menaiki lif. Bak peribahasa Kantonis, "musuh berbahaya bersua kembali di jalan yang sempit", Kenth dan Sharon terperangkap di dalam kerosakan lif tersebut. 

***

Lelaki Harapan Dunia

Klasifikasi: NA 
Genre: Komedi / Drama
Tarikh Tayangan: 27 November 2014
Bahasa: Malay
Pengarah: Liew Seng Tat
Pelakon: Wan Hanafi Su, Harun Salim Bachik, Soffi Jikan, Jalil Hamid, Azhan Rani

Sinopsis
Filem yang diarahkan oleh Liew Seng Tat ini mengisahkan beberapa kejadian malang yang menimpa sebuah perkampungan Melayu yang aman, mengakibatkan salah faham, tuduhan palsu dan suasana riuh kampung. Filem ini dibarisi oleh pelakon handalan seperti Wan Hanafi Su, Harun Salim Bachik, Soffi Jikan, Jalil Hamid dan Azhan Rani.

***

Horrible Bosses 2
Klasifikasi: NA 
Genre: Komedi
Tarikh Tayangan: 27 November 2014
Bahasa: English
Pengarah: Sean Anders
Pelakon: Jason Bateman, Charlie Day, Jason Sudeikis, Jennifer Aniston, Kevin Spacey, Chris Pine, Christoph Waltz

Sinopsis
Bosan dengan pihak majikan, tiga sahabat Nick, Dale dan Kurt memutuskan untuk menjalankan perniagaan mereka sendiri. Keadaan bertambah rumit apabila ada pelabur yang telah melenyapkan duit mereka. Keadaan terdesak dan mereka kini tiada pilihan selain menculik anak lelaki pelabur tersebut dan meminta wang tebusan untuk menuntut kembali hak ke atas syarikat mereka.

***

Mana Mau Lari

Klasifikasi: NA 
Genre: Adventure / Comedy
Pelakon: Saiful Apek, Tauke Raja Lawak
Pengarah: Prof Madya A. Razak Mohaideen
Format: 2D

Sinopsis
Sebuah filem yang meenceritakan mengenai 4 orang penunggang sekawan yang berpesta dengan motor mereka sehinggalah salah sebuah motor mereka hilang. Dalam percubaan mendapatkan kembali motor yang hilang, pelbagai kejadian manis penuh gelak tawa dan masalah berlaku
0 Komentar untuk "21 Filem Yang Akan Ditanyangkan Di Pawagam November 2014"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info