Proses melahirkan bermula dengan kontraksi. Kontraksi yang berlaku menyebabkan anda berasa tidak selesa. Bagi mengurangkan ketidakselesaan, terdapat pelbagai cara yang oleh digunakan tanpa bantuan ubat.
 
 
Berkedudukan tegak
Semasa kontraksi awal, sokong diri pada permukaan yang berhampiran. Contohnya dinding, kerusi atau katil hospital. Berlutut jika perlu.
 
 
Duduk ke hadapan
Duduk ke hadapan belakang kerusi dan bersandar di atas dengan menggunakan kusyen atau bantal. Rehatkan kepala pada lengan yang disilangkan.
 
 
Melutut ke hadapan
Melutut dalam keadaan kaki anda terpisah dan rehat ke hadapan di atas himpunan bantal. Cuba berasa dalam keadaan selesa mungkin.
 
 
Posisi merangkak
Melutut dalam keadaan tangan dan lutut di lantai. Condongkan pelvik anda ke hadapan dan ke belakang. Namun jangan lengkungkan badan.
 
 
Meniup
Jangan meneran jika jururawat mendapati rahim anda belum terbuka sepenuhnya. Sebut 'huf..huf.. seperti meniup untuk mengurangkan rasa sakit kontraksi. Berlutut dan bersandar ke hadapan, rehatkan kepala atas tangan dan arahkan punggung ke atas.