PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Peserta Pertandingan Pegang Trak Hilang Sabar


Kecoh
RUSIA – Seorang peserta pertandingan merebut sebuah trak hilang sabar lalu menumbuk muka seorang peserta wanita yang lain hingga menyebabkan hidung wanita itu berdarah dan patah.
Kejadian berlaku ketika lelaki itu bersama wanita tersebut dan enam yang lain mengambil bahagian dalam rancangan berkenaan yang memerlukan peserta memegang trak tersebut. Hanya peserta terakhir yang kekal memegang trak akan mendapat kenderaan itu.
Namun ketika mereka sedang memegang trak itu beramai-ramai, wanita berkenaan yang hanya berpakaian bikini dilihat cuba memprovokasi lelaki tersebut.
Dia turut menyentuh muka lelaki itu dengan kasut tumit tingginya. Marah dengan tindakan itu, lelaki tersebut kemudiannya menarik wanita berkenaan dan menumbuk mukanya.
Selepas berbuat demikian, dia kembali memegang trak berkenaan meskipun dia tahu kelayakannya telah terbatal kerana mengangkat tangannya daripada kenderaan tersebut.
Video itu kemudiannya dimuatnaik dalam youtube dan tersebar luas. Pelbagai reaksi diterima daripada penonton.
Ada yang menyokong perbuatan lelaki berkenaan kerana wanita itu bukan sahaja menyentuh pipinya dengan kasut, malah turut meludah dan bercakap lucah.


Read more: http://www.kualalumpurpost.net/peserta-pertandingan-menang-trak-hilang-sabar-5/#ixzz3Kzp5tEEv
0 Komentar untuk "Peserta Pertandingan Pegang Trak Hilang Sabar"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info