Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama ALLAH pak cik mulakan post. Alhamdulillah, akhirnya, segala persoalan pak cik mengenai imam mahdi telahpun terjawab.. Barulah pak cik faham sebenarnya.. Pak cik baru habis baca buku… Konspirasi Galaktikal karya Muhammad Nurani… Beliau dah terangkan secara hadis dan sunnah mengenai kedatangan imam Mahdi..
Pak cik simpulkan begini ya, moga korang pun boleh amik key point terus..
Pertama sekali, kemunculan imam mahdi da sangat dekat da.. Ia akan diawali dengan kemunculan panji-panji hitam. Kumpulan panji-panji hitam itu akan muncul di Afghanistan. Mereka adalah seorang yang lurus hati pada ALLAH Taala, korang tak percaya, korang pergilah ke daerah Khurasan, korang survery camne akhlak diorang. Rata-rata semua orang takut pada ALLAH dan kuat beribadat.
Perkara ni orang Freemason da tau da. Korang tengok ya sekarang ni Amerika da hantar lagi 7000 askar tambahan ke Afghanistan. Diorang tau yang panji2 hitam akan muncul kat situ. Itulah sebab utama kenapa Amerika menakluk Afghanistan, bukan disebabkan hal politik, tapi disebabkan kumpulan-kumpulan panji hitam. Mereka ingat dengan kuantiti yang banyak, mereka mampu memenangni kumpulan panji hitam ni, tapi ALLAH da buktikan da, da banyak peperangan yang dianggotai oleh ramai orang kalah dengan satu kumpulan yang sedikit tetapi berkualiti tinggi.
Ok, sekiranya korang da dengar ada pertempuran antara pihak US dengan mana2 pihak mujahidin di daerah Khurasan, korang harus percaya bahawa itulah pelindung bagi Imam Mahdi yang akan membuka jalan untuk imam Mahdi.
Kedua, ada orang kata, perlukah kita mencari Imam Mahdi? Jawapannya tidak perlu, bahkan kemunculan Imam Mahdi akan diwar-warkan oleh Media Massa. Korang akan tengok sendiri kat TV. Dia takkan cerita apsal Imam Mahdi tetapi kehilangan sekumpulan Task Force Delta di padang pasir. Kumpulan Task Force Delta untuk pengetahuan korang adalah satu kumpulan tentera elit yang dilatih untuk operasi Khas. Pada masa tu, akan kecoh pasal ghaibnya pasukan ni secara tiba2.. namun, ALLAH dah beritahu da, yang team Delta ni dah ditelan bumi.
Sekiranya berita kehilangan Task Force Delta tu disebarkan, masa itulah pencarian kepada Imam Mahdi bermula. Pada ketika itu, Imam Mahdi telahpun di bai’ah di antara Rukun dan Makam. Pada ketika itulah kelahiran Imam Mahdi. Maka, merangkaklah kita mencari dia, yang telah dijanjikan ALLAH untuk menyelamatkan manusia.
Perwatakan Imam Mahdi adalah dia seorang yang pendiam, hanya berkata bila perlu sahaja, Raut wajah beliau sering kelihatan sedih dan serius, sebab memikirkan pasal masalah umat. Imam mahdi takkan muncul di mana2 kesatuan. Dia akan muncul secara sendiri. Nama dia adalah Muhammad Bin Abdullah.
Dan, info lagi, Perang Dunia Ketiga bakal terjadi, dan ya, ia pasti terjadi. Kalo korang da tengok dunia da masuk perang dunia ketiga, cepat2 la bertaubat sebab kemunculan Imam Mahdi secara terang-terangan akan berlaku, dan ketika itu juga Dajjal akan mula muncul. Dajjal muncul apabila Haikal Sulaiman telah siap dibina. Masjid Aqsa masa tu dah ditawan oleh kaum Yahudi Zionis. Bila Haikal Sulaiman da tercipta, maka Dajjal masa tu akan muncul .
Perang Dunia Ketiga akan berlaku di kawasan Timur Tengah, pada masa tu, Amerika akan mendapat sokongan penuh oleh liga-liga Arab, dan semua negara Arab masa tu akan memerangi Iran, yang dikatakan membawa Mass of Destruction. Masa tu memang ditakdirkan Iran kalah teruk. Masa habis perang tu, akan ada seorang daripada askar Amerika ni menjerit, “Tentera Salib telah pun menang!” sambil mengangkat tinggi Salib .
Masa tu, tentera2 negara Arab terlihat kelakuan askar tersebut. Benda tersebut benar-benar menyentap hati diorang. Ibarat peperangan yang diorang sertai ini adalah demi agama Kristian, seperti mereka mengkhianati Islam, memerangi Islam. Akibat tak tahan, tentera2 sekutu Arab bangkit dan memusnahkan tentera Amerika dan sekutunya. Dan, pada masa tu, Imam Mahdi akan mengetuai peperangan terakhir tersebut.
Itulah antara tanda2 yang korang kena tau., Dan pak cik akan berpegang dengan perhujahan ni sebab semua fakta tersebut disandar pada hadis… Lain2 teori, maaf, pak cik takkan terima.. Sekian terima kasih..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
TAGS: 

About tenteraangin

Pak cik cuma orang biasa... :)