PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

(11Gambar) Biodata Dan Kisah Hidup Juruterbang Wanita Air Asia Yang Comel

Biodata Kapten Juruterbang Wanita  Air Asia | Comel orangnya , kecik perwatakannya . Dialah Noor Hafizah Mohd.Idrus , seorang waita yang telah membelah awan biru dilangit . Gadis kelahiran Taiping perak ini memutuskan berhenti dari pengajiannya  dalam bidang multimedia peringkat ijazah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) setelah melihat iklan iklanAirAsia yang disiarkan untuk pengambilan kadet juruterbang syarikat tersebut. 

Pengorbanan Noor Hafizah melepaskan pengajian di UKM berbaloi kerana kini beliau berjaya menjadi kapten. Kini dia telah mencapai impiannya membelah awan biru , dan dialah sesosok wanita yang mengemudi pesawat Airbus A330dengan 375 penumpang .Kapten wanita pertama yang bertudung dan mengendalikan pesawat Air Asiatersebut juga tidak lupa untuk menunaikan solat disepanjang penerbangannya . 

Nak tahu Biodata lengkap kapten juru terbang bertudung ini ? Berikut detailnya : 

Nama Penuh: Noor Hafizah Mohd Idrus
Nama Samaran: Fizzy Idrus
Umur: 30 Tahun (2014)
Asal: Taiping Perak
Alamat Terkini: Cheras Kuala Lumpur
Ibu: Rohaya Kassim
Bapa: Mohd Idrus Abdul Hamid
Adik beradik: Anak kedua daripada enam beradik
Pendidikan: Kolej Tunku Kurshiah, Kolej Matrikulasi Melaka, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Akademi Penerbangan Malaysia
Kerjaya kini: Kapten Juruterbang Air Asia









Pesan Noor Hafizah, bagi remaja yang mempunyai cita-cita untuk bergelar juruterbang sepertinya, teruskan impian dan berusaha gigih.

“Setiap kerjaya mempunyai cabarannya sendiri dan tidak terkecuali jika menjadi juruterbang namun apa yang penting, seseorang perlu mempunyai minat mendalam dan buangkan sikap takut untuk mencuba.

“Jangan sesekali putus asa dalam berusaha mencari yang terbaik untuk hidup kerana masa depan terletak di tangan sendiri,” katanya menutup perbualan.
0 Komentar untuk "(11Gambar) Biodata Dan Kisah Hidup Juruterbang Wanita Air Asia Yang Comel"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info