PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Rapper Terkenal Korea Cetus Kontroversi Apabila Remix Lagu Dengan Azan..


Baru-baru ini, seorang rapper dari Korea yang dikenali sebagai Loco telah mencetus kontroversi apabila dia meremixkan salah seuah lagunya yang bertajuk Act Serius dengan laungan azan. Lagu tersebut telah mula dimuat naik di Youtube pada 27 Nov lepas.

Laungan azan (Allahuakbar) boleh didengari pada bahagian awal lagu berkenaan dan apa yang lebih teruk daripada itu, apabila laungan azan itu juga turut digubah mengikut kehendak rapper berkenaan.

Walau bagaimanapun, pemilik channel yang memuatnaik lagu berkenaan telah meminta maaf dan menapis lagu kontroversi itu dengan mengerat bahagian yang mempunyai azan setelah lagu tersebut mendapat kritikan dari orang ramai.

Selain daripada itu produser kepada rapper berkenaan juga telah meminta maaf secara rasmi kepada orang islam yang tersinggung dengan lagunya itu melalui laman twitter rasmi Loco. 


Muzik video yang mencetus kontroversi sebelum part Azan dibuang oleh produsernya.
0 Komentar untuk "Rapper Terkenal Korea Cetus Kontroversi Apabila Remix Lagu Dengan Azan.."

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info