PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Demi dokumentari, pakar hidupan liar sanggup ditelan anaconda

Post Pic
SHAH ALAM: Pakar hidupan liar terkenal, Paul Rosolie sanggup menjadikan dirinya sebagai bahan uji kaji untuk ditelan seekor anaconda semata-mata untuk mengetahui suasana dan perasaan berada dalam perut reptilia itu.
 


Pakar hutan Amazon yang baharu berusia 22 tahun ini dilaporkan bakal berkongsi keadaan sebenar perut ular terbesar dunia daripada spesies anaconda menerusi dokumentari khas yang akan disiarkan menerusi stesen Discovery Channel pada 7 Disember.
 


Rosolie yang juga penerbit filem dokumentari alam sekitar terkenal dikatakan menempah sejenis suit khas kalis ular seumpama pakaian angkasawan yang akan disarung sebelum tubuhnya ditelan anaconda bagi merakamkan gambaran di dalam perut haiwan itu.
 


Meskipun berpengalaman menjalankan pelbagai ekspedisi saintifik di hutan India, Indonesia, Brazil dan Peru; Rosolie menerima kritikan pelbagai badan hak asasi haiwan yang bimbang dengan nasib ular terbabit jika ia cedera sewaktu penggambaran tersebut.


 
Namun Rosolie dalam reaksi balasnya mendakwa, dia tidak berniat untuk melukakan reptilia itu malah mengajak mereka menanti tayangan dokumentari bertajuk Eaten Alive bulan depan bagi menilai sendiri bagaimana rasanya ditelan seekor ular gergasi.
0 Komentar untuk "Demi dokumentari, pakar hidupan liar sanggup ditelan anaconda"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info