PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Padah Tampar Gambar Najib Pakai Selipar Jamban, Lelaki India Ditahan Polis

Jika sebelum ini, dia boleh berbangga dengan tindakannya meletakan selipar di wajah gambar Perdana Menteri, tetapi tidak lagi untuk hari ini.


Senyuman kebanggaan itu sudah jauh hilang digantikan dengan wajah yang resah memikirkan apa tindakan yang akan dikenakan oleh PDRM terhadap perbuatan biadabnya di perkarangan pintu masuk ke Parlimen minggu lalu.

Krishnan a/l Mookan dikecam oleh banyak pihak kerana menampar banner yang memaparkan wajah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak dengan selipar telah ditahan oleh polis di rumahnya yang beralamat di Blok 08-00-11, PPR Sri Alam, Sungai Besi, Kuala Lumpur semalam.

Itulah orang selalu berpesan, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali. Meskipun tertekan dengan tekanan hidup, usahlah mengambil tindakan yang bakal menyusahkan diri.

Banyak cara yang kita boleh ambil untuk membantah mana-mana tindakan kerajaan yang dilihat tidak menguntungkan kita dengan menggunakan prosedur yang betul.

Semenjak ISA dimansuhkan, ramai yang semakin kurang ajar dan biadab. Sudah beberapa kali rakyat mendesak Perdana Menteri mengembalikan ISA agar golongan-golongan seperti ini serik, namun tidak diendahkan.

Najib dilihat sebagai seorang pemimpin yang suka membuat keputusan populis yang jelas sekali bukan menguntungkan rakyat. Tetapi banyak merugikan rakyat.

0 Komentar untuk "Padah Tampar Gambar Najib Pakai Selipar Jamban, Lelaki India Ditahan Polis"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info