PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Enam Selebriti Lelaki Malaysia Kini Pendakwah Islam Terkenal


Syukur. Dahulunya mereka ini artis yang terkenal dengan aktiviti maksiat. Dahulu artis ini juga dikenal sebagai 

raja maksiat, kini semua sudah berlalu. Mereka dahulunya Raja Maksiat kini adalah pendakwah bebas.

 Siapa sangka dulu enam golongan artis ini tiada nur cahaya kini Allah S.W.T telah kurniakan hijrah dan

 jihad nafsu di dalam mereka untuk menjadi pendakwah agama Islam.

1) AKHIL HAYY

Akhil Hayy Rawa atau nama sebenarnya adalah Akhil Abdul Hayy merupakan bekas vokalis kumpulan rock

 di Malaysia yang dikenali sebagai D'Riyadh yang popular dengan lagu "Memori Cinta Lama" dan "Hanya Kenangan".

Setelah lima tahun aktif melibatkan diri dalam bidang seni, Akhil Hayy membawa dirinya pulang ke

 kampung dan mula mendekatkan diri dengan masjid dan aktiviti keagamaan serta menunaikan haji pada

 tahun 1995.

Sebelum bertolak ke Mekah beliau sempat mempelajari ilmu agama di Pasentrian, Indonesia dan selepas

 ini beliau aktif berdakwah, menyampaikan kuliah, mengajar Al-Quran di Pusat Pembangunan Keluarga di Ipoh
.
Pernah menghasilkan album nasyid dengan menyampaikan lagu-lagu malar segar kumpulan nasyid Al-Jawaher,

 El-Suraya dan Al-Mizan, kini kehidupannya lebih bahagia di samping isteri tercinta, penyanyi Waheeda Wassini.

2) AZMIL MUSTAFA

Pastinya peminat filem "Ali Setan" mengenali insan yang pernah bergelar pelakon lelaki yang menjadi fenomena

dunia lakonan dan lebih menumpukan hidup beliau dengan memberi ceramah agama.

Menyingkap kisah penghijrahannya, Azmil sebenarnya ingin mengikuti kursus perfileman di Amerika pada tahun

 1997. Namun, Allah telah menjemputnya beriktikaf di sebuah masjid di New York yang dibawa oleh seorang pemandu teksi ketika itu.

Sebelum kembali ke Malaysia, Azmil telah bermastautin di Syria untuk menuntut ilmu agama dan sempat 

mengajar Bahasa Inggeris kepada orang tempatan di sana.

3) BOB LOKMAN

Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman merupakan seorang penulis lirik, pencipta lagu,

 pelakon dan pengacara terkenal dan beliau juga pernah dinobatkan sebagai Penulis Lirik Terbaik di Anugerah

 Juara Lagu 1989 menerusi lagu "Isabella" dendangan kumpulan Search.

Berpendapatan sebanyak puluhan ribu hasil perniagaannya tidak memberi sebarang ketenangan kepada

 dirinya apabila dirinya mula lupa dan hidupnya mula terumbang-ambing apabila isterinya lari dan dirinya

 mengalami masalah tulang belakang dan lumpuh sehingga lapan bulan.

Selepas itu, dirinya mulai dekat kepada Allah walaupun ketika itu tiada pendapatan langsung dan tetap berusaha 

mencari rezeki.

Beliau kini telah menyertai parti PAS dan bergiat aktif dalam kerja-kerja dakwah dan juga politik. Walaupun begitu,

 dirinya masih menerima tawaran berlakon bersesuaian dengan dirinya sekarang.

4) IWAN 

Bagi peminat irama dangdut sekitar tahun 90-an pastinya mengingati Iwan Dangdut atau nama sebenarnya

 Wan Syahman Wan Yunus yang popular dengan lagu "Memori Daun Pisang" duet bersama penyanyi Amelina.

Kejayaan memartabatkan irama dangdut di Malaysia telah membuka laluan baru kepada industri muzik dan

 diteruskan dengan kemunculan penyanyi seperti Sheeda, Mas Idayu dan Haiza

Namun, semua itu hanya tinggal kenangan apabila Iwan sudah pun berhijrah dengan mendalami ilmu agama 

sejak beberapa tahun yang lalu.

Mula menyertai tabligh sekitar tahun 2009 dengan mempelajari ilmu bersama beberapa orang ustaz tetapi 

cintanya kepada dunia nyanyian tetap tersemadi dalam jiwanya.

5) SHAM KAMIKAZE 

Insan yang bernama Shamril Mohd Salleh atau lebih dikenali sebagai Sham Kamikaze merupakan bekas pemain

 gitar utama kumpulan rock terkenal tanah air, Kamikaze.

Pernah menjalinkan cinta dengan aktres cantik Rita Rudaini, Sham mengakui dirinya dahulu sangat jahil kerana

 sentiasa memakai subang, berpakaian tidak sopan dan melakukan pelbagai perkara yang menyalahi agama.


Hatinya mula terbuka untuk berhijrah apabila bertemu dengan Imam Masjidil Haram, Sheikh Abdul Rahman

 As-Sudais ketika merayau ke utara.

Dirinya kini aktif memberi kata-kata hikmah dalam laman Facebook mahupun Twitter dan juga memberi ceramah

 motivasi agama di seluruh negara.

Walaupun dihimpit kontroversi baru-baru ini berkaitan kenyataan bekas isterinya yang memburukkan dirinya,

 Sham mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut dan menganggap hal tersebut sudah menjadi sejarah antara dia dan bekas isterinya.

6)PIERRE ANDRE 

Pelakon dan pengarah muda berbakat, Pierre Andre pernah mengejutkan pelbagai pihak apabila tampil memberi 

ucapan yang menggegarkan banyak jiwa apabila memenangi trofi Anugerah Yasmin Ahmad di Anugerah 

Skrin 2012.

Memulakan ucapan dengan kalimah 'Bismillah' dan diikuti dengan 'Love Allah, love Muhammad', Pierre mengakui

 ingin memberikan satu dakwah kepada penonton.

Pierre menjelaskan bahawa dirinya sudah lebih beberapa tahun bergerak aktif dalam aktiviti yang dilakukan oleh 

Jemaah Tabligh.

Mahu berdakwah dalam filem, Pierre boleh berbangga dengan kejayaan filem sulungnya yang berbentuk 

dakwah "Ustaz Mu Tunggu Aku Datang" lakonan kumpulan lawak Shiro dan kemunculan khas pendakwah

 terkenal, Ustaz Azhar Idrus.


0 Komentar untuk "Enam Selebriti Lelaki Malaysia Kini Pendakwah Islam Terkenal"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info