PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

(4GAMBAR) SOTONG SEBESAR BAS MINI BERJAYA DITANGKAP

 

Sekumpulan nelayan laut di Auckland berjaya menangkap seekor sotong gergasi yang jarang ditemui sebesar saiz sebuah bas mini di kawasan lautan terpencil di Antartika.

Kapten kapal, John Bennett bersama anak buahnya berkata ini merupakan kali kedua dia berjaya menangkap sotong gergasi seberat 350 kilogram. Sotong pertama ditangkap di Laut Rose kira-kira tujuh bulan lalu.
"Kali pertama saya menangkap sotong gergasi adalah kira-kira tujuh tahun lalu dan kini sotong tersebut dipamerkan di Muzium Kebangsaan New Zealand, Te Papa," jelasnya.

Sotong yang mempunyai lapan sesungut dengan setiap satunya berukuran satu meter itu kini dibekukan sejak ditangkap bagi membolehkan para saintis membuat kajian.

Saintis sotong dari Universiti Teknologi Auckland, Kat Bolstad yang mengetuai penyelidikan terhadap sotong berkenaan menyifatkan haiwan tersebut sebagai 'begitu besar dan cantik'.
"Pada dasarnya ini merupakan satu spesies yang jarang ditemukan dan merupakan satu peluang keemasan bagi kami untuk mengkajinya.

"Kami begitu teruja untuk mengenali sotong ini yang dipercayai sotong betina dan mempunyai telur," jelas Bolstad.





Related Post

  • Cara Mudah Pasangan Berdamai Tidak dinafikan, jika ada pasangan suami isteri yang bergaduh mereka pasti mahu berdamai. Kalau boleh mahu perga…
  • Amalan Romantik Ikat Pasangan Amalan romantik ini tidaklah susah untuk diamalkan cuma tidak ramai yang sanggup melakukannya kerana dibatasi pe…
  • Selesa Memasak Kala Hamil Memasak dengan perut yang semakin membesar ada kalanya membuatkan wanita hamil menjadi kurang selesa. Ikuti pandua…
  • Atasi Masalah Suami Cermat Sebagai wanita punya suami yang cukup berkira memang menyesakkan dada. Apa yang mahu dibeli diteliti terlebih da…
  • Tip Perancangan Keluarga Situasi 'terbabas' dalam hubungan suami isteri biasa berlaku. Walau sudah merancang untuk tidak hamil dalam temp…
0 Komentar untuk "(4GAMBAR) SOTONG SEBESAR BAS MINI BERJAYA DITANGKAP"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By Catatan Info