PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

(11Gambar) MENARIK!!10 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Negara Malaysia


Tahukah anda, ada beberapa fakta tertentu yang masyarakat Malaysia tidak tahu
mengenai negara mereka sendiri. Adakah anda, warga Malaysia, tahu akan fakta2 ini?

Fakta Pertama:

Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji



Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga
 ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi
supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan
juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki. Mengapa ini
berlaku?

Ini adalah kerana arkitek bangunan berkenaan, Arthur Bennison Hubback,
seorang bekas Brigadier Jeneral British di zaman perang dunia pertama, terpaksa
 mengikut peraturan pembinaan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa
British yang menggunakan piawaian pembinaan "British Standard" walaupun di
koloni British di Malaya adalah beriklim tropika.



Sedikit info tambahan, tahukah anda bahawa Masjid Jamek KL juga dibina mengikut
piawaian pembinaan "British Standard"? Ya, ini bermakna Masjid Jamek juga dibina
 dengan ketahanan perlindungan kesan2 dari ribut salji. Ia mungkin pelik,
tapi itulah kebenarannya.


Fakta Kedua:

KL ibukota kilat di dunia



Tahukah anda, KL adalah ibukota di dunia yang paling banyak menerima
panahan kilat / petir di dunia? KL menerima panahan kilat jauh lebih banyak
berbanding mana2 kotaraya di dunia ini. Dianggarkan dalam setahun sebanyak
 lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL, berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun
di London dan New York hanya mengalami 10 hari ribut petir setahun.

Ini disebabkan iklim Malaysia yang merupakan iklim tropika Khatulistiwa. Kuala Lumpur
 terletak betul2 berhampiran dengan garisan Khatulistiwa dimana kerap berlakunya
 pembentukan awan ribut petir.

Info tambahan, tahukah anda mercu tanda kebanggaan kita iaitu Menara Berkembar
 Petronas sebenarnya juga berfungsi sebagai pengalir kilat? Ya, dalam pembinaan
Menara Berkembar berkenaan, elemen panahan petir turut diambilkira dalam senireka
 binaan Menara Petronas. Ada rangkaian kerja logam hingga ke tanah
yang dipasang pengalir khusus untuk mengalirkan arus kilat ke dalam
sistem pembumian.

Fakta Ketiga:

Jambatan Gantung Tertinggi di dunia terletak di Sabah, Malaysia


Tahukah anda, bahawa Malaysia
 mempunyai Jambatan
Gantung(Suspension Bridge)
yang tertinggi di dunia? Umum
 tahu bahawa Gunung Kinabalu
yg setinggi 4095 meter
yang 10 kali ganda lebih tinggi
drpd Menara Berkembar Petronas &
 lebih kurang separuh
 ketinggian Gunung Everest di Himalaya.
 Tetapi, ramai yang tidak tahu mengenai
kewujudan jambatan gantung tertinggi
di dunia terletak di Gunung Kinabalu!

Jambatan gantung berkenaan dipasang betul2 pada ketinggian lebih 3600 meter dari aras laut!
Anda perlu mendaki hingga ke kem Laban Rata dengan ketinggian 3200 meter
dari aras laut. Dari sana, anda perlu melalui jalan Via Ferrata iaitu sistem jalan besi
terlindung teknologi Itali yang dipasang pada lereng Gunung Kinabalu sebelum sampai
ke Jambatan Gantung berkenaan. Jambatan Gantung Gunung Kinabalu adalah
sepanjang 22 meter sahaja.

Info tambahan, sistem laluan besi terlindung Via Ferrata di gunung Kinabalu juga
merupakan jalan Via Ferrata tertinggi di dunia dan yang pertama di Asia!

Fakta Keempat:

Serangga Terpanjang di dunia didapati di Sabah, Malaysia



Tahukah anda, terdapat satu spesies serangga yang terpanjang di dunia hanya boleh
didapati di hutan belantara di Sabah? Spesies ini hanya baru ditemui pada tahun 2008
oleh pakar pengkaji serangga, dan merupakan salah satu dari 10 spesies baru dijumpai
yang terkenal.

Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567
mm / 56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji
alamsemulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini,
malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas
kanopi rimba. 

International Institute for Species Exploration, Arizona State University & Jawatankuasa
 Taxonomi Antarabangsa memilih serangga ini sebagai salah 1 dari
"The Top 10 New Species" pada 2008 dan BBC pula meletakkan penemuan serangga
 ini sebagai salah 1 dari 10 penemuan terkini dalam dokumentari Decade of Discovery pada
tahun 2010!

Info tambahan, di hutan Sabah juga terdapat pokok Seraya Kuning Siput, pokok tropika
 tertinggi di dunia dengan ketinggian hingga 88.32 meter! 

Fakta Kelima:

Lokasi Lipas terbanyak di planet Bumi ialah di Malaysia





Tahukah anda, lipas adalah antara sejenis hidupan yang mampu hidup dan bertahan
walaupun sesebuah kota musnah akibat serangan nuklear? Tapi, adakah anda tahu,
dimanakah tempat dimana berkumpulnya lipas paling banyak di dunia? Hehehehe,
ia juga terletak di Sabah ....

Gua Gomantong di Sabah mempunyai populasi serangan lipas terbanyak di dunia! Fuhh,
 tidak disangka bukan?  Gua itu juga terkenal kerana agak busuk bau di dalamnya.
Ini kerana bauan berkenaan adalah longgokan timbunan tahi kelawar yang bersepahan
di lantai gua. Ratusan ribu lipas memenuhi lantai, dinding dan bahagian atas gua,
 pendek kata, memenuhi setiap ceruk ruang gua berkenaan!

Ini disebabkan gua berkenaan menyediakan tempat perlindungan yang sesuai bagi
pembiakan lipas dengan pelbagai macam kekotoran, kelam, & suasana lembap yang
digemari spesies lipas ini. Najis2 kelawar (guano) yang bertimbun, bangkai anak2
 kelawar & anak burung layang2 semuanya membekalkan makanan yang segar kepada
 para lipas penghuni gua ini lalu membentuk ekosistem yang memihak kepada sang lipas.

Selain jutaan lipas yang menghuni Gua Gomantong, Gua ini terkenal dengan populasi
burung layang2 & merupakan tempat tinggal lebih 2 juta ekor kelawar.

Fakta Keenam:

Kelawar memperkasakan ekonomi pertanian di Malaysia



Tahukah anda, antara eksport pertanian yang amat menguntungkan ekonomi Malaysia
adalah buah durian? Durian adalah buahan eksotik yang amat digemari di pasaran ASEAN
 dan Asia Timur. Tapi tahukah anda, kelawar buah adalah spesis haiwan pendebunga
yang amat penting dalam kitaran hidup pokok durian.

Ada dua jenis spesis kelawar di Malaysia iaitu spesis pemakan serangga & spesis
pemakan buahan. Kelawar spesis pemakan buahan amat menggemari buah durian.
Kelawar merupakan spesis pendebunga paling utama pohon durian.
 Bunga durian hanya berkembang pada malam hari, ini bermaksud hanya
 spesis haiwan nokturnal yang aktif di waktu malam sahaja mampu
menjadi ejen pendebungaan. Dan hanya spesis kelawar pemakan buah
 adalah ejen pendebungaan yang aktif di malam hari selain beberapa
spesies serangga. Berdasarkan kajian saintis, didapati bunga pokok durian
yang didebungai oleh kelawar menghasilkan buah durian yang bermutu tinggi
dan menghasilkan lebih banyak buah.

Jangan lupa menghargai jasa kelawar pemakan buah tika anda menjamu selera
durian yang sedap2! Tiada kelawar, tiadalah durian!

Fakta Ketujuh:

Tanah perkuburan khusus untuk haiwan peliharaan yang pertama di Malaysia





Biasanya di Malaysia, jika haiwan kesayangan kita mati, maka ia akan ditanam di
kawasan rumah. Tapi tahukah anda, di Malaysia terdapat satu tanah perkuburan
 yang eksklusif bagi haiwan peliharaan?

Tanah Perkuburan Haiwan Peliharaan yang pertama di Malaysia terletak di
Nirvana Memorial Park di Semenyih. Plot2 tanah kubur bersaiz kecil dan
sederhana disediakan bagi pemilik2 haiwan2 berkenaan. Pakej plot
tanah kubur disediakan untuk haiwan peliharaan seperti anjing, kucing serta
haiwan lain. Setakat ini lebih 50 plot tanah kubur telah mempunyai penghuni
 yang rata2 mendiang spesies anjing, tetapi fasa pertama yang melibatkan
300 plot tanah kubur telahpun ditempah & terjual.

Pakej bagi satu plot tanah kubur haiwan peliharaan adalah RM4,800
 termasuk dengan perkhidmatan pengebumian.

Berikut adalah perkhidmatan yang ditawarkan bersama pakej berkenaan:
Oh, ketika pesta perayaan Qing Ming aka 'Hungry Ghost' setiap bulan April, para
 pemilik haiwan berkenaan boleh juga membakar wang kertas neraka dan
barangan kertas seperti TV, rumah dll jenis aset khusus untuk kegunaan
roh-roh haiwan kesayangan mereka di alam sana.

Fakta Kelapan:

Ada lebih dari 140 bahasa pertuturan digunakan di Malaysia



Dalam masyarakat Malaysia yang kaya dengan pelbagai jenis kaum, adat budaya
dan agama, pastinya ia juga melibatkan pelbagai jenis bahasa. Secara umumnya,
 jika ditanya pada rakyat Malaysia secara umum, hanya 30 bahasa pertuturan yang
 dapat dikenalpasti, ratanya2 melibatkan BM, BI, dialek Cina, dialek India dan
bahasa peribumi yang utama di Sabah & Sarawak. (Baru 30)

Namun begitu, bagi pakar linguistik dan bahasa, mereka mengkaji perbezaan
bahasa bukan hanya terhad pada bahasa2 utama sahaja malah bahasa pertuturan
 yang melibatkan dialek (loghat) tempatan, creole (slanga, bahasa pasar) dan
 bahasa campuran (bahasa rojak, Manglish dll). Melalui satu eksperimen di kota2
di Malaysia dengan frasa "Kamu sudah makan kah?" penganalisis mendapati
ada 10 cara menyebut frasa berkenaan yang berbeza termasuk dengan BI. (Baru 10) 

BM sahaja mempunyai lebih kurang 9 dialek (termasuk BM Piawai kira 10)
termasuk 14 dialek Cina yang dituturkan oleh orang Cina, dicampur
bahasa Baba Nyonya Peranakan, Tamil Peranakan, Kristang Portugis, Siam  .... (Baru 28)

Apabila kita menyeberang ke Malaysia Timur, terdapat sekurang2nya 90 jenis
 bahasa pertuturan. Yep, ini termasuk 60 bahasa pertuturan etnik peribumi asal
Borneo. (Dah 90)

Kira2 semua ..... lebih kurang anggaran 158 jenis bahasa pertuturan ... hah,
sebab itu bahasa jiwa bangsa yeeee ...

Fakta Kesembilan:

Nama Kereta Kebangsaan Pertama di Malaysia diambil semasa permainan Scrabble


Secara umumnya rata2 tahu kereta pertama tempatan keluaran Malaysia dinamakan
 Proton Saga, saga pula merujuk kepada nama biji benih saga. Tapi itu hanya pendapat
 umum sahaja. Tahukah anda, itu bukan cerita asal usul nama Proton Saga yang sebenarnya?


Ramai yang tidak tahu tentang peranan Encik Ismail Jaafar. Pada satu petang, dia
bermain permainan Scrabble (kalau versi Melayu - SAHIBBA). Ketika membuat frasa
Bahasa Inggeris SAGA (yang membawa maksud dalam BI - "something said" or "a
narrative in prose", somewhat along the lines of a "story", a "tale", or a "history"),
 En Ismail mendapati perkataan SAGA melibatkan 4 huruf sahaja dan markahnya
 agak kecil. Tapi belia mendapat ilham daripada akronim SAGA dan membentuk
4 frasa baru iaitu:

S= Safety / Stability (Keselamatan / Kestabilan)
A= Achievement (Pencapaian)
G= Greatness (Keagungan)
A= Ability (kebolehan)

Kemudian dari situlah beliau menghantarkan ideanya dalam pertandingan menamakan
kereta nasional pertama keluaran Malaysia. Tun Dr M masih mengingati mengapa
nama SAGA dipilih sebagai pemenang dimana terma SAGA menarik perhatian
para juri. Para juri dan Tun Dr M memilih nama SAGA kerana ia adalah terma BI
yang membawa maksud suatu peristiwa kejadian & Tun Dr M adalah orang yang
mengaitkan nama SAGA dengan terma BM SAGA yang merupakan sebiji biji benih.

Tapi Tun Dr M & para juri tidak tahu ilham nama SAGA sebenarnya bermula dari
permainan Scrabble! 

Ehhem, maklumat tambahan, kereta Proton SAGA adalah kereta import terlaris di UK
pada tahun 1989! Last edited by robotech on 21-1-2014


Fakta Kesepuluh:

Jalan Bulatan Trafik (Roundabout) terbesar di dunia adalah di Malaysia



Tahukah anda, Persiaran Jalan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Putrajaya adalah
jalan bulatan roundabout terbesar di dunia mengelilingi 3.4 kilometer panjangnya.

Dengan lebih kurang 15 sistem jalan keluar / masuk di Persiaran Sultan Salahuddin
Abdul Aziz Shah, tahukah anda Tun Dr M yang mencadangkan sistem roundabout
berkenaan setelah mendapat ilham semasa lawatan rasmi beliau ke Paris dan
melihat bulatan Avenue des Champs Elysees semasa perarakan peringatan
 Hari Bastile. Dari situ, sebagaimana resam Tun Dr M yang sememangnya
mahukan infrastruktur lebih besar dari Barat (mega projek dengan semangat
Malaysia Boleh!), beliau mencadangkan satu sistem jalan roundabout yang
cukup besar mengelilingi Putrajaya yang mampu menampung perarakan yang
besar seperti perarakan Hari Kemerdekaan.
0 Komentar untuk "(11Gambar) MENARIK!!10 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Tentang Negara Malaysia"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info