PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Anak beraksi panas, 'baik' punya jawapan Sheila Majid

Jawapan Sheila Majid apabila ditanya tentang imej dan penampilan anak sulungnya Kayda Aziz, yang agak 'panas'. "Saya biarkan anak-anak saya lalui zaman mereka. Saya tak boleh lindungi mereka setiap masa. Sometimes you have to make mistake to grow up. Kalau pun mereka buat salah satu hari nanti, biarkan mereka belajar daripada kesilapan dia itu. Dulu, saya pun pernah buat silap tapi ketika saya hanyalah anak Haji Majid, tiada siapa pun peduli." "Dia baru berusia 22 tahun. Dan dia bukan seorang selebriti. Bagi saya, biar dia buat apa yang dia nak buat, apa yang dia suka buat termasuklah dari segi pakaian dia. Diusianya yang sekarang ini, dia masih tercari-cari lagi imejnya dan apa yang dia suka pakai. "Tapi sebagai ibu, saya selalu menasihati dan berpesan kepada dia supaya berhati-hati kerana di luar sana ada banyak mata yang memandang", katanya lagi dipetik Malaysian Digest.
0 Komentar untuk "Anak beraksi panas, 'baik' punya jawapan Sheila Majid"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info