| Hasrat sepasang kekasih mahu memadu asmara di sebuah hotel bajet tidak kesampaian ap#abila diserbu pihak berkuasa dalam satu operasi yang diadakan, awal pagi kelmarin. Dalam serbuan dilakukan Pejabat Agama Islam Darah Kubang Pasu itu, pasangan berusia 25 dan 19 tahun itu mengambil masa kira-kira 10 minit selepas pintu bilik mereka diketuk.
Ketika pintu dibuka, lelaki berk#enaan cuba membuat aksi selamba dengan memakan nasi tanpa menghiraukan kehadiran pihak berkuasa. Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu, Syeikh Mohd Radzi Abdul Mutalib berkata, pemeriksaan dijalankan ke atas pasangan itu mendapati mereka tidak mempunyai sebarang ikatan sah.
Menurutnya, siasatan mendapati lel#aki tersebut berasal dari Johor dan seorang kakitangan awam yang bertugas di Kedah.
“Manakala wanita tersebut berusia 19 tahun berasal dari Tunjang, Jitra. Kita mengambil tindakan dengan menahan pasangan ini kerana bersekedudukan dan disyaki berkhalwat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Syeikh Mohd Radzi berkata, pasangan ters#ebut dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.
“Dalam operasi kali ini kita membuat serbuan di enam hotel bajet sekitar Kubang Pasu yang menjadi tumpuan dijadikan lokasi maksiat,” jelasnya.
Sementara itu dalam kes berasingan, seorang r#emaja bawah umur dicekup berdua-duaan dengan kekasihnya yang juga seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) di sebuah rumah sewa di Taman Siswa II, Jitra, pagi kelmarin.
Dalam serbuan jam 9 pagi itu, remaja lelaki berusia 19 tahun itu mengambil kesempatan membawa pulang teman wanitanya berusia 16 tahun yang masih bersekolah ke rumah ketika ketiadaan rakan serumah lain. Bertindak atas maklumat orang awam, penguat kuas#a Pejabat Agama Islam Darah Kubang Pasu membuat serbuan ke atas rumah sewa penuntut IPTA itu.
Sheikh Mohd Radzi berkata, pihaknya mengambil tindakan menahan pasangan ini mengikut Seksyen 25 Enakmen Jenayah Syariah kerana disyaki berkhalwat. KREDIT SINAR HARIAN.
0 Komentar untuk "MEMALUKAN!!! AKSI Kantoi KHALWAT Buat-buat MAKAN NASI BUNGKUS Semasa Dicekup Di Hotel Bajet !!!"