Empat orang konstabel polis, digantung tugas apabila dicekup di sebuah rumah pelacuran di Jharkhand semasa mereka bertugas mengawasi seorang penjenayah kes bunuh. Akhbar The Hindustan Times melaporkan, semua mereka sepatutnya membawa banduan itu ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan dari penjara berhampiran di bandar Koderma.
Semua anggota pasukan keselamatan itu bagaimanapun sempat singgah ke zon merah di bandar Asansol dan mereka tidak bernasib baik kerana ditangkap semasa serbuan polis. Lebih melucukan, penjenayah tersebut berjaya meloloskan diri semasa serbuan, namun bertindak pulang sendiri ke penjara.
Ketua Pengarah Polis Jharkhand, DK Pandey berkata, pihaknya telah mengarahkan siasatan dilakukan berhubung kes berkenaan dan empat konstabel itu telah digantung tugas sehingga diberitahu kelak. Jharkhand adalah antara negeri termiskin di India yang sering bergolak akibat pemberontakan kaum Mao. Sebanyak 13 orang banduan dilapor lari dari penjara pada Disember lalu kerana kawalan keselamatan yang longgar. – AFP
0 Komentar untuk "MEMALUKAN!! 4 KONSTABEL POLIS Digantung TUGAS Selepas DICEKUP Di Sebuah RUMAH PELACURAN Ketika Sedang Bertugas!!"