Ini memang sangat manis. Pada 23 Mac lalu, genaplah usia aktres jelita yang mendapat jolokan ‘Malaysia Sweetheart’ (buah hati Malaysia) Lisa Surihani ke-29 tahun dan apa yang kami katakan comel dan juga sweet adalah apabila Yusry meluahkan perasaannya di Instagram terhadap isteri tersayangnya itu...
Melalui laman Instagram miliknya, Yusry menulis ucapan mendoakan agar isterinya sentiasa beroleh segala yang terbaik, kegembiraan dan kebahagiaan berpanjangan dan menyatakan rasa bersyukur kerana dapat meraikan hari istimewa itu atas nama seorang suami dan berdoa semoga mereka terus melayari hari-hari yang indah seperti hari ini (hari lahir Lisa). Hari lain tidak indahkah? Okay, gurau saja. ..
Apa-apa pun, kami berharap agar pasanagn ini beroleh kebahagiaan dan juga bakal dikurniakan dengan cahaya mata yang comel dan juga menjadi anak yang baik....
0 Komentar untuk "LUAHAN HATI YANG TERPENDAM SEKIAN LAMA YUSRI MENGEJUTKAN ISTERINYA, DISAAT LISA SARAT MENGANDUNG!"