PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

(4 Gambar) Punca Pelakon Dan Pengacara Awal Ashaari Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri?



Kejadian itu dimaklumkan wartawan Melodi TV3, Zuan Azmi kepada BH Online. Awal dikatakan dalam perjalanan ke Melaka untuk mengacarakan program Melodi secara langsung di Jom Heboh Melaka.

Awal dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedar diri. Suami kepada Scha Alyahya itu dikejar ke Hospital Besar Melaka.

Izuan yang dihubungi memberitahu kereta itu rosak teruk selepas terbabas ke bahu jalan. "Saya rasa brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian belakang bocor. Semuanya terjadi dengan begitu pantas," kata Izuan.

Dikhabarkan, Kereta BMW 6 Series yang dipandu teman Awal Ashaari, Izuan Mokhtar rosak teruk selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi tadi. 

Apa-apa pun, sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk kesihatan Awal.





0 Komentar untuk "(4 Gambar) Punca Pelakon Dan Pengacara Awal Ashaari Terlibat Dalam Kemalangan Ngeri?"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info