Di kesempatan ini saya nak kongsi bersama Tips dan Teknik 8P Ustazah Siti Nur Bahiyah untuk manfaat kita semua. Sharing is Caring! :)
✔ 1) Pujian.
P yang pertama ialah 'puji' iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. Pujian tidak memerlukan wang ringgit. Pujian juga tidak memerlukan tenaga yang banyak. Jadi pasti tip yang pertama ini tidak sukar untuk kita amalkan! :)
✔ 2) Pelukkan.
Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. Hasil dari kajian ahli-ahli pyschology mendapati dengan pelukan dapat memberi semangat & memberi ketenangan kepada pasangan sepanjang hari. Hasil kajian juga mendapati seseorang itu akan lebih panjang umurnya jika memeluk isterinya setiap hari kerana hasil dari pelukan dan sentuhan tersebut mengeluarkan hormon endorfin yang mana ianya baik untuk kesihatan tubuh.
✔ 3) Penghargaan.
Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. Tidak perlu hadiah yang mahal-mahal. Kalau mampu tidak menjadi masalah. Tetapi sebenarnya membelikan makanan kegemaran pasangan juga boleh membuatkan pasangan rasa dihargai dan diingati ;).
✔ 4) 'Perhatian'
adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan. Sebuk menguruskan anak-anak tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak memberi perhatian yang cukup kepada suami. Sibuk dengan urusan kerja juga bukan alasan bagi sang suami. Carilah masa untuk pasangan kita. Apa salahnya sesekali kita telefon pasangan bertanya khabar kerana perkara-perkara yang sebegini kecil sebenarnya akan menghangatkan lagi hubungan suami isteri.
✔ 5) Persefahaman.
Adalah mustahil untuk kita sentiasa memahami sifat atau perangai pasangan kita. Tetapi dengan kamunikasi yang berkesan kita akan memahami diri pasangan. Persefahaman akan dapat dicapai apabila kita dapat duduk berbincang & sikap toleransi anatara satu sama lain. Terimalah pasangan kita seadanya. Tiada manusia yang dilahirkan sempurna. Kita seharusnya bersyukur dan redha dengan jodoh yang ditetapkan olehNya.
✔ 6) Pergaulan.
Pergaulan yang dimaksudkan d sini ialah pasangan suami isteri haruslah menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. Mungkin pada mulanya sekadar ingin berkawan tetapi sekiranya pergaulan sebagai seorang kawan itu tidak dibataskan dengan batas-batas agama tidak mustahil akan mendatangkan masalah kepada rumahtangga. Cuba letak diri kita di kedudukan suami atau isteri...pasti kita mahukan pasangan seorang yang setia!
✔ 7) Percutian.
'Percutian' di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin. Sekiranya sukar untuk meninggalkan anak dibawah penjagaan ahli keluarga yang lain tidak salah membawa mereka bersama. Hubungan kekeluargaan pasti lebih kukuh & mesra. Sekiranya anak-anak boleh ditinggalkan dibawah penjaaan ahli keluarga yang lain....nahh..ianya satu bonus buat kita.....2nd honeymoon! :))
✔ 8) P yang terakhir ialah 'Permohonan'
iaitu berdoa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia. Semoga pasangan kita diampunkan dosa, sentiasa sihat walafiat, dipanjangkan umur, mendapat lindungan dari sebarang bencana, tenang bersama kita sebagai pasangannya dan juga anak-anak.
Ustazah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke 31..
Ustazah Bahiyah juga menekankan kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.
Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggung jawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong. Kita hendaklah sentiasa dekat dengan Allah...dan insyaAllah DIA juga akan sentiasa mendengar seterusnya memakbulkan doa kita untuk mengecapi kebahagian rumahtangga bersama pasangan.
0 Komentar untuk "Teknik 8P Keluarga Bahagia Ustazah Siti Nur Bahiyah"