Ada beberapa sikap wanita yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian suami tanpa mereka sedari. Apakah sikap tersebut? 
 
 
Lama bersiap 
Kebanyakan lelaki tidak sabar menunggu isterinya bersiap atau berdandan hanya untuk makan malam di restoran.  Lelaki selalunya tidak faham mengapa wanita harus mengambil masa yang lama untuk bersiap kerana mereka boleh melakukannya dalam tempoh lima minit saja.
 
 
Berbicara tentang hubungan
Lelaki dan wanita sememangnya berbeza. Kalau wanita seperti yang dikatakan tadi suka tentang hal perhubungan dan cara memantapkannya, lelaki pula sebaliknya. Mereka selalunya tidak suka jika isteri terus menerus terus membicarakan hubungan mereka suami isteri.
 
 
Mengajar cara memandu
Bagi lelaki juga kereta adalah istana dan perkara yang cukup disayanginya. Jadi tak hairanlah jika lelaki sanggup berhabisan untuk memastikan istananya itu cantik.  Ketika berada dalam istananya, perkara yang paling tidak disukai lelaki adalah apabila isteri mengajar atau memberi komen tentang cara mereka memandu kereta. Kaum lelaki adalah jaguh di jalan raya jadi komen dari isteri sudah tentu membuatkan mereka rasa tercabar.
 
 
Komen tentang berat badan suami
Berdiet dan pilihan makanan berkalori rendah menduduki urutan terbawah pada minat lelaki. Jadi, tidak ada lelaki yang suka dikatakan bahawa perutnya buncit. Bayangkan kalau kata-kata itu dituju pada anda, pasti anda berjauh hati bukan?