PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Nikmatnya Wanita Yang Bermadu

sekiranya ditakdirkan menempuh alam poligami? Apabila
suami telah menyatakan hasrat hati untuk berkahwin
lagi, bermakna isteri perlu bersiap sedia untuk
menerima kedatangan bakal madu. Bagaimanakah sikap
isteri dalam menerima kedatangan madu ini?
Bagi sesetengah isteri, kedatangan ‘orang baru’ itu
dinanti dengan dada berdebar-debar, dan ketika itu
mulalah ia tidak lalu makan, tidak lena tidur dan
memikirkan perkara yang bukan-bukan. “Mungkin aku dah
tidak secantik dulu…. Dah tak mengghairahkan lagi….”
dan pelbagai persoalan seumpamanya bermain-main dalam
kotak fikiran.
Allah turunkan ayat mengharuskan poligami, jauh sekali
hendak menganiayai kaum wanita. Sebenarnya, poligami
adalah medan perjuangan yang besar untuk menundukkan
nafsu pada diri wanita. Ketika itulah nafsu akan
tertekan.
Bermadu terasa menyakitkan kerana nafsu meronta-ronta
minta diturunkan kehendaknya. Sekiranya kita berjaya
menundukkannya, barulah datangnya nikmat bermadu. Dan
bersamanya datang nikmat beribadah, nikmat mengadu,
merintih dan menangis di hadapan Allah. Kita akan
menangis, bukan kerana kesal berpoligami tetapi kerana
kesal memandangkan selama ini kita lalai dengan nikmat
Allah sehingga Allah menarik nikmat itu sedikit demi
sedikit, untuk diberikan kepada kita di Akhirat kelak.
Dalam menerima kedatangan madu yang merupakan orang
baru dalam keluarga, isteri hendaklah berlapang dada.
Kebanyakan ‘orang baru’ ini kurang tahu akan dunia
rumahtangga yang baru dimasukinya. Isteri pertamalah
yang perlu mendidik madunya dalam soal ini. Contohnya,
dia memberitahu madunya mengenai kesukaan suami
mereka, mengenai penjagaan pakaian suami, masakan
kegemaran suami, dan yang lebih penting bagaimana
untuk ‘tackle’ masalah suami.
Perkara ini memang sulit untuk dipraktiskan kerana
adakalanya isteri pertama khuatir madunya akan
mengatasi dirinya. Sikap ini tidak sepatutnya ada.
Sebaliknya, fikirkanlah bagaimana untuk berganding
bahu menghiburkan suami agar perjuangan suami di luar
rumah berjalan lancar. Jika umpamanya kita tidak mampu
memainkan peranan untuk membantu perjuangan suami,
biarlah madu kita mengambil peranan itu. Yang penting,
kita sesama madu dapat saling membantu untuk memberi
hiburan kepada suami. Inilah yang dikatakan cinta
suami kerana Allah.
Bagaimana sekiranya isteri pertama kurang bijak dalam
sesuatu perkara manakala madunya pula lebih tahu serba
sedikit urusan rumahtangga? Dalam hal ini, isteri
pertama perlulah mempunyai sifat tawadhuk dan
berfikiran terbuka. terimalah pandangan madu sekiranya
semua itu untuk kebaikan rumahtangga mereka.
Bagaimana pula sikap isteri kedua terhadap isteri
pertama? Yang penting, jagalah hati madu. Ketika
memberi pandangan, jangan sekali-kali memperlihatkan
kelemahan si ‘kakak”. Dalam banyak hal, isteri kedua
hendaklah bersikap seperti murid kerana dia adalah
orang yang baru hendak mengenali ahli keluarga
suaminya. Jangan sekali-kali bersikap ego apabila si
‘kakak’ memberi nasihat. Merendah dirilah dengan
banyak bertanya walaupun banyak yang kita telah tahu.
Ini akan menimbulkan kemesraan.
Sekiranya kita nampak sesuatu kelemahan atau kesalahan
pada ‘kakak’ kita, cubalah betulkan secara berhikmah
kerana isteri pertama biasanya sangat sensitif dengan
setiap perkataan dan perbuatan madunya. Jagalah
hatinya.
Sesama madu hendaklah sentiasa bertolak ansur.
Sekiranya madu kita payah hendak bertolak ansur atau
beralah, kitalah yang perlu bermujahadah. Carilah
jalan yang boleh melembutkan hatinya. Misalnya,
hadiahilah dia dengan sesuatu yang disukainya walaupun
pada peringkat awal dia mungkin menolak. Ini
memerlukan kesabaran yang bukan sedikit. manalah tahu,
berkat kesabaran kita, dia berubah.
Isteri-isteri yang berpoligami sebenarnya tidak dapat
lari daripada dilanda sifat resah, cemburu, pemarah
atau buruk sangka sesama madu. Apa yang penting di
sini, pandulah perasaan itu mengikut syariat.
Untuk membuang terus segala sifat hati yang keji itu
agak mustahil, tetapi kita boleh membendungnya.
Kosongkan fikiran kita ketika perasaan itu datang, dan
isikan dengan memikirkan kebesaran Allah, tentang
nikmat dunia yang tidak kekal, atau tentang mati yang
belum tahu bila masanya. Fikirkanlah tentang dosa-dosa
yang lalu dan selalu ingatkan bahawa ujian-ujian yang
datang ini mungkin untuk menghapuskan dosa-dosa itu.
Sekiranya sifat-sifat hati yang keji itu dibiarkan
subur, kita akan menjadi orang yang kecewa, pemarah
tidak bertempat dan selalu menyimpan sakit hati samada
terhadap sesama madu atau terhadap suami. Jadilah kita
orang yang tidak tenang dan gopoh gapah dalam
bertindak.
Di samping itu, perkuatkan keyakinan bahawa Allah Maha
Adil, supaya tidak timbul resah gelisah dengan takdir
Tuhan yang menentukan kita bermadu. Banyakkanlah
mengingati Allah ketika dilanda perasaan berkecamuk.
Berdoalah kerana ia adalah senjata yang paling ampuh
ketika dilanda ujian.
“Ya Allah, satukanlah hatiku dan hati maduku.
Lembutkanlah hati kami supaya dapat berbaik-baik. Ya
Allah, tolonglah aku yang lemah ini……”
Akhir sekali, berserahlah kepada Allah kerana semuanya
adalah urusan Allah, yang sudah tentu banyak
hikmahnya.
0 Komentar untuk "Nikmatnya Wanita Yang Bermadu"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info