PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

15 Keajaiban Alam Semulajadi Asia Tenggara Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

best-natural-wonders-in-southeast-asia
Kami pasti ramai diantara anda di sini yang suka melancong ke luar negara tetapi tahukah anda di Asia Tenggara sendiri termasuk Malaysia mempunyai lokasi lokasi menarik yang boleh dianggap keajaiban semulajadi untuk dikunjungi. Berikut merupakan 15 lokasi seluruh Asia Tenggara yang dikumpul oleh Jon (jonistravelling.com) yang meluangkan masa selama enam bulan di rantau ini.

15. Pemandangan Sekitar Vang Vieng, Laos

Vang Vieng dahulunya merupakan bandar untuk berpesta tetapi sejak ianya dihentikan, pemandangan cantik sekitar kawasan itu terus menarik kunjungan ramai dan menjadi salah satu bandar paling cantik di Asia Tenggara — kawasan pinggir bandarnya layak diterokai selama seminggu.
1

14. Inle Lake, Myanmar

Jika anda melancong ke Myanmar, pastikan anda ke Tasik Inle (Inle Lake). Walaupun ianya akan padat dengan pelancong, pemandangan yang ada sangat berbaloi untuk anda ke sana dan anda boleh melawat komuniti yang tinggal di kampung terapung.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

13. Long Beach, Koh Rong, Kemboja

Saya (Jon) boleh katakan yang ini merupakan pantai terbaik di Asia Tenggara dan paling menarik ianya tidak membangun seperti kawasan pelancongan lain. Itu mungkin berubah tetapi jika anda sukakan pantai, ini tidak boleh ditinggalkan.
3

12. Gua Niah, Sarawak, Malaysia

Ada beberapa gua menarik lain di Laos tetapi yang ini paling menarik perhatian dan terletak berdekatan Miri, Sarawak — guanya besar dan mengambil masa beberapa untuk diteroka.
4

11. The Underground River, Palawan, Filipina

The Underground River baru baru ini dinamakan sebagai salah satu keajaiban dunia yang baru dan ianya memang layak diberi gelaran itu. Sungai ini merupakan sungai bawah tanah yang terpanjang di dunia namun anda hanya boleh melihat beberapa kilometer jika ke sana.
5

10. Si Phan Don (4000 Islands),Laos

Jangan terkejut jika Laos yang tidak bersempadan dengan laut mempunyai pulau — 4,000 buah pulau sebenarnya dan anda boleh menikmati pemandangan indah Sungai Mekong dari banglo di tebing sungai berharga RM10 semalam.
6

9. Gunung Kinabalu, Sabah, Malaysia

Gunung apakah yang tertinggi di Asia Tenggara, jika anda jawab Gunung Kinabalu maknanya anda salah. Menurut Wikipedia, ianya Hkakabo Razi di Myanmar. Masih, Gunung Kinabalu ini berbaloi untuk diteroka dan didaki.
7

8. Gunung Bromo, Jawa, Indonesia

Tiada pengalaman yang tertanding selain mendaki di tengah malam untuk melihat matahari terbit di celah gunung berapi dan Gunung Bromo antara yang terbaik. Dan, Kepulauan Jawa sendiri punyai banyak tempat menarik untuk diteroka.
8

7. Chocolate Hills, Bohol, Filipina

Bila habis hujan, seluruh bukit di kawasan ini akan bertukar kalar coklat dan memberikan nama Chocolate Hills. Cuba untuk datang pasa musim kering (tidak hujan) untuk melihat pemandangan paling optimum.
9

6. Bacuit Archipelago, Palawan, Filipina

Antara tempat terbaik untuk menikmati pemandangan semulajadi di Filipina.
10

5. Gunung Kelimutu, Flores, Indonesia

Tasik dengan warna yang tidak akan anda jumpa di mana mana, berbaloi meneroka ke Gunung Kelimutu.
11

4. Ha Long Bay, Vietnam

Tiada bahagian dalam lawatan ke Ha Long Bay tidak secantik gambar yang anda selalu lihat ditayangkan sebelum anda ke sini. Menaiki bot dan kalau anda punya lebih bajet, melihat matahari terbenam memang tidak harus ditinggalkan.
12

3. Komodo National Park, Indonesia

Biawak Komodo yang mampu makan manusia menjadi tarikan utama di sini, namun taman negara ini juga merupakan lokasi pantai merah jambu, hidupan bawah air yang menarik dan juga pemandangan indah. Mudah sahaja ke sini dari Bali atau Lombok.
13

2. Kuang Si Falls, Laos

Kuang Si Falls jatuh dalam kategori wajib lawat jika anda sampai ke Luang Prabang, salah satu destinasi percutian di Laos. Anda akan terpesona dengan warna airnya, biru seperti di pantai tropika. Mungkin air terjun paling menarik di Asia Tenggara.
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

1. Lake Toba, Sumatra, Indonesia

Tasik Toba merupakan tasik buatan gunung berapi terbesar di dunia, letusan yang terjadi sebelum ini hampir melenyapkan manusia dari muka bumi dan menyebabkan kebantutan populasi manusia yang terbesar dalam sejarah. Hari ini, ianya satu tempat yang menenangkan untuk berehat dan pemandangan dari sudut mana pun sangat menakjubkan.
15
0 Komentar untuk "15 Keajaiban Alam Semulajadi Asia Tenggara Yang Mungkin Anda Tidak Tahu"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info