PiNg SaMa DiA

Blog Isu Semasa

Sunnah Rasulullah Ketika Minum Serta Kesannya


Kenapa kena minum 3 kali teguk/nafas?
Abra' (Melepaskan penyakit)
Arwa' (Menghilangkan kehausan)
Amra' (Menguatkan sistem pencernaan)
Minum dengan tiga kali tegukan dan elakkan bernafas ke dalam bekas minuman. Setiap kali berhenti minum hendaklah diarahkan pernafasan ke tempat lain.
Dari Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jika kamu minum maka janganlah bernafas dalam bekas air minumnya.” (HR. Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Nabi SAW sering meminum dengan tiga kali teguk, sambil bernafas di luar gelas dan mengucapkan ‘Alhamdulillah’ di antara tiga kali tegukan. Baginda SAW juga akan teruskan minum dengan setiap tegukan diselangi bernafas di luar gelas sehingga habis.
Kenapa tak boleh meniup dalam cawan?
Jangan bernafas dan meniup air minum di dalam bekas, terutama meniup air yang panas, kerana perbuatan itu akan menjadikan minuman bertoksid disebabkan Co2 yang dihembuskan ke dalamnya.
Ubay bin Ka’ab berkata: “Rasulullah SAW tidak pernah meniup makanan dan minuman, tidak bernafas di dalam cawan. Bahkan beliau melarang meniup makanan dan minuman.”
0 Komentar untuk "Sunnah Rasulullah Ketika Minum Serta Kesannya"

 
Copyright © 2014 PiNg SaMa DiA - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info