Taj Mahal
Mercu tanda India yang sering dianggap satu daripada tujuh keajaiban dunia iaitu Taj Mahal dikatakan bakal runtuh dalam tempoh lima tahun lagi, kecuali langkah segera diambil bagi mengukuhkan asasnya.
Bangunan cantik yang berusia 358 tahun itu menjadi daya tarikan paling popular di India dan dilawati kira-kira empat juta pelancong setahun.
Terletak di Agra, Taj Mahal berdepan dengan pelbagai masalah persekitaran apabila sungai yang terletak berhampirannya diancam pencemaran serta aktiviti perindustrian serta penebangan hutan.
Aktivis berpendapat, asas yang menampung bangunan Taj Mahal semakin lemah dan longgar.Beberapa retakan dikesan di bahagian makam dalam Taj Mahal pada tahun lalu, manakala empat menara yang ada di bucu bangunan itu menampakkan tanda condong.
Sejarah Taj Mahal
Taj Mahal dibangunkan pemerintah Mogul, Shah Jahan, yang bersedih akibat kematian isteri tercintanya, Mumtaz Mahal, ketika melahirkan bayi.
Imej Taj Mahal yang selalu dikaitkan dengan romantik turut menjadi perhatian selebriti dan kerabat diraja, termasuk Puteri Diana, yang pernah bergambar di depannya selepas rumah tangganya dengan Putera Charles menemui kegagalan.
Sejarawan India, Prof Ram Nath, berkata kedudukan Taj Mahal terletak berhampiran tebing Sungai Yamuna yang semakin susut.
“Keadaan ini tidak pernah dijangka pembinanya.
“Sungai Yamuna adalah sebahagian daripada reka bentul Taj Mahal dan jika ia mati, Taj Mahal juga tiada maknanya lagi,” katanya
-harian metro
0 Komentar untuk "Taj Mahal runtuh 2016?"