MH17 – Pakar Media Amerika Dedah CIA Tahu Perkara Sebenar | Seorang penulis berasal dari Amerika Syarikat (AS) yang juga penyiar radio tempatan, Dr Kevin Barrett mempercayai bahawa Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS mengetahui perihal sebenar apa yang terjadi kepada pesawat MH17 pada hari ia ditembak. Dr Kevin, pemegang Doktor Falsafah Arab-Islamoligi dan pengkritik Perang dan Keganasan terkenal Amerika menyatakan pendapat itu menerusi saluran Press TV.
“Pesawat komersial yang ditembak tanpa sebab itu tidak masuk akal. Ia tidak mungkin ditembak dengan tidak sengaja. Mana mungkin pesawat boleh ditembak di udara yang tinggi 10km, bergerak dengan kelajuan hampir 500km/h tanpa ada sistem canggih yang memang mensasarkannya,” katanya.
Menurutnya, beberapa individu di pangkalan CIA di Eropah tahu mengenai perihal sebenar mengenai pesawat itu. Ia dapat dibuktikan dengan reaksi pantas Presiden Amerika Barrack Obama yang terus mengulas berita itu sebelum pihak media Malaysia tahu perkara itu. Beliau juga bertegas bahawa terdapat individu yang menutup perkara sebenar dalam kejadian ini.
Beliau juga berkata kemungkinan besar pihak Amerika Syarikat yang sedang mengalami masalah ekonomi yang teruk sangat “desperate” atau tergesa untuk memulakan perang besarnya dengan Russia (peperangan dapat mendatangkan pendapatan kepada Amerika kerana mereka yang banyak buat senjata di dunia), tetapi pada masa yang sama mahukan imejnya sebagai kuasa “baik” dunia dapat dilihat oleh awam. Akibatnya, Malaysia yang menjadi mangsa =(
0 Komentar untuk "MH17 – Pakar Media Amerika Dedah CIA Tahu Perkara Sebenar"